Saturday, February 12, 2011
Friday, February 11, 2011
Makan Jagung tepi Pantai Kuala Perthlis
Mandi-Manda di Gua Kelam Perlis
Gua Kelam
Salah satu dari gua yang paling menarik di Malaysia ialah gua yang berukuran 370-meter panjang berhampiran pekan kecil Kaki Bukit yang dinamakan Gua Kelam.
Gua Kelam terletak kira-kira 33km ke utara Kangar iaitu ibu negeri Perlis dan sangat popular kerana laluan guanya yang sangat menarik di mana pelawat boleh memasuki gua ini melalui pintu utama dan keluar di tempat yang lain.
Satu-satunya jalan untuk ke gua ini ialah melalui sebatang jambatan kayu yang tergantung. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit dengan Lembah Wan Tangga iaitu sebuah lembah di hujung Gua Kelam.
Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.
Anda masih boleh melihat peninggalan operasi melombong di sini. Sambil anda berjalan di dalam gua ini, bunyi air dari anak sungai yang mengalir di bawah tanah berserta bunyi decitan kelawar dan titisan air dari bongkahan stalaktit bergabung membentuk bunyi semulajadi yang unik.
Bunyi yang agak menyeramkan ini meningkatkan lagi suasana misteri yang terdapat di gua ini yang dahulunya pernah digunakan oleh penduduk zaman purba sebagai tempat tinggal.
~Sempat menyaksikan Kereta Api yang lalu di Kg Kok Mak~
Aku peGi Thailand
Belajaq di Perlis beberapa tahun dan ini peluang keemasan yang di ambil untuk ke Negara Jiran iaitu Thailand. Trip kali cuma dekat dengan sempadan Thai sahaja kerana ingin merasai kelainan sedikit dan membantu membeli barang Emmy untuk di bawa ke Sarawak iaitu Toto Narita
Thursday, February 10, 2011
Sambutan Bef-Day berSama Rakan MPP
~Terima Kasih kepada Tun's semua~